Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) adalah perpustakaan rasmi bagi negara Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1956 dan terletak di 232 Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ketua Pengarah PNM ialah Raslin Abu Bakar.

Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pembangunan infrastruktur perpustakaan awam di seluruh negara. Tugas ini diperuntukkan di bawah Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1987 (Pindaan) Bahagian II para 4(2)(h) dan 4(2)I. Pada tahun 2000, beberapa projek pembangunan infrastuktur perpustakaan telah dilaksanakan meliputi Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan awam negeri.
Projek Perpustakaan Negara Malaysia

Sebanyak RM7,092,800.00 telah disediakan di bawah peruntukan Perpustakaan Negara Malaysia bagi melaksanakan projek seperti berikut: " Bangunan Perpustakaan Negara

Peningkatan makmal pemuliharaan negara
Program gerakan membaca kebangsaan
Pemantauan projek pembangunan fizikal
Pangkalan data dan rangkaian komputer
Pembinaan koleksi Malaysiana

Dari peruntukan tersebut, Perpustakaan Negara Malaysia telah membelanjakan sebanyak 59.17%. Sebanyak 4,942 naskhah bahan perpustakaan telah diperolehi untuk koleksi Jabatan.
Projek Perpustakaan Negeri

Dari peruntukan berjumlah RM5,150,000.00 yang disediakan untuk tahun 2000, sebanyak RM5,067,982.66 atau 98% berjaya dibelanjakan bagi projek perpustakaan negeri iaitu:

Diantara perpustakaan yang diselia di bawah Perpustakaan Negara termasuk:-


Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis
Perpustakaan Negeri Sabah
Pustaka Negeri Sarawak
Perpustakaan Awam Cawangan Batu Pahat, Johor
Perpustakaan Awam Cawangan Cameron Highlands, Pahang
Perpustakaan Awam Cawangan Pelabuhan Kelang
Perpustakaan Awam Cawangan Baling, Kedah
Perpustakaan Awam Cawangan Bentong, Pahang
Perpustakaan Awam Cawangan Georgetown, Pulau Pinang
Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Cawangan Kulim, Kedah
Perpustakaan Awam Cawangan Marang, Terengganu
Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau, Melaka
Perpustakaan Awam Cawangan Mersing, Johor
Perpustakaan Awam Cawangan Pontian, Johor
Perpustakaan Awam Cawangan Raub, Pahang
Perpustakaan Awam Cawangan Segamat, Johor
Perpustakaan Awam Cawangan Seri Iskandar, Perak
Perpustakaan Awam Cawangan Simpang Empat, Perlis
Perpustakaan Awam Cawangan Kota Tinggi, Johor
Perpustakaan Awam Cawangan Muar, Johor
Perpustakaan Awam Cawangan Jeli, Kelantan
Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson, Negeri Sembilan
Perpustakaan Pekan Bandar Baru, Kedah
Perpustakaan Pekan Mantin, Negeri Sembilan
Perpustakaan Pekan Pulau Pangkor, Perak
Perpustakaan Pekan Bagan Ajam, Pulau Pinang


Perpustakaan Bergerak Multimedia

Konsep perpustakaan bergerak telah dipertingkatkan kepada bas Perpustakaan Bergerak Multimedia selaras dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat berpengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta membawa arus perkembangan ICT ke masyarakat luar bandar. Sebanyak 5 buah Perpustakaan Bergerak Multimedia telah mula dibina dalam tahun 2000. Perpustakaan ini akan diagihkan kepada Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Perpustakaan Awam Negeri Melaka, Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan Pustaka Negeri Sarawak. Sebanyak RM300,000.00 telah disediakan untuk pembinaan koleksi asas berserta bahan multimedia bagi 5 buah Perpustakaan Bergerak tersebut.



Perpustakaan Desa

Sebanyak 25 buah perpustakaan desa telah dilaksanakan di seluruh negara dalam tahun 2000 melibatkan peruntukan berjumlah RM1,298,900.00. Perpustakaan tersebut ialah:
Johor

Perpustakaan Desa Gemereh
Perpustakaan Desa Parit Haji Ali
Perpustakaan Desa Simpang 5 Darat
Perpustakaan Desa Jorak, Muar
Kedah

Perpustakaan Desa Wang Tepus, Jitra
Perpustakaan Desa Gajah Putih, Sik
Perpustakaan Desa Paya Kerchut,Pendang
Negeri Sembilan

Perpustakaan Desa Air Kuning
Perpustakaan Desa Bagan Pinang
Pahang

Perpustakaan Desa Pulau Tawar, Jerantut
Perpustakaan Desa Kg. Luit, Maran
Perpustakaan Desa Jambu Rias, Bentong
Perpustakaan Desa Kg. Kerdau, Temerloh
Pulau Pinang

Perpustakaan Desa Bukit Gedung
Perpustakaan Desa Juru
Perpustakaan Desa Jelutong Tengah
Selangor

Perpustakaan Desa Taman Muhibah, Sabak Bernam
Perpustakaan Desa Kg. Sg. Gulang-Gulang, Kuala Selangor
Sarawak

Perpustakaan Desa Kg. Triboh, Serian
Perpustakaan Desa Kg. Antawau, Kapit
Perpustakaan Desa Long Laput, Marudi
Perpustakaan Desa Laut, Samarahan
Perpustakaan Desa Moyan Laut, Samarahan
Perpustakaan Desa Kg. Baru, Kota Samarahan
Perpustakaan Desa Kg. Pahlawan, Limbang


Pusat Siber Ilmu

Pada tahun 2000, 13 buah Pusat Siber Ilmu telah dibina di desa. Pusat Siber Ilmu berkonsepkan perpustakaan desa yang mempunyai kemudahan serta memberi perkhidmatan yang berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan masyarakat desa. Pusat Siber Ilmu yang dibina adalah seperti berikut:
Johor

Perpustakaan Siber Bandar Penawar
Perpustakaan Siber Felda Pemanis
Perpustakaan Siber Felda Medoi
Kedah

Perpustakaan Siber Jalan Kuala Kedah
Melaka

Perpustakaan Siber Kampung Padang
Perlis

Perpustakaan Siber Kampung Sentua, Utan Aji
Negeri Sembilan

Perpustakaan Siber Air Kuning
Perpustakaan Siber Bagan Pinang
Perpustakaan Siber Serting, Jempol
Pahang

Perpustakaan Siber Bukit Ibam, Rompin
Perpustakaan Siber Muadzam Shah
Perpustakaan Siber Lebar Chondong
Pulau Pinang

Perpustakaan Siber Permatang Tinggi

No comments:

Post a Comment